KOLEKSI INNER DALAM VARIASI 4 RONA BAHARU | SHAWLBYVSNOW

Tampil lebih yakin, selesa & bergaya dengan ‘inner’ yang berkualiti tinggi.

OLEH : Hakimi Tajul As'ari 

SERING kita dambakan kesempurnaan dan keselesaan dalam setiap pemakaian hijab. Underscarf atau lebih dikenali dengan Inner merupakan salah satu item terpenting bagi memberi keselesaan dalam setiap penggayaan harian. Jenama Shawlbyvsnow tampil dalam seleksi koleksi baru "Tie Back Lace Bonnet Cap". Koleksi ini merupakan julung kalinya tampil dalam gabungan meterial lace yang dipadukan mesra bersama kain kapas lembut yang pasti memberi kelainan dalam padanan hijab anda.

Di Shawlbyvsnow, koleksi anak tudung atau Inner Collection kami diperbuat daripada fabrik kapas yang selesa dan tidak memerangkap haba. Kepentingan pemilihan fabrik juga penting bagi menghasilkan Inner yang berkualiti tinggi.

Fabrik seperti kain kapas ini juga tidak mudah berbau, cepat kering jika berpeluh, ringan dan tahan lasak. Ternyata rata-rata pengguna yang gemarkan koleksi inner kami yakin terhadap tahap keselesaan dan kualiti kain yang begitu memuaskan.

Potongan universal digunakan bagi menghargai setiap saiz kepala wanita Malaysia & memastikan anda selesa sepanjang menggunakan inner Shawlbyvsnow. Untuk koleksi "Tie Back Lace Bonnet Cap" kali ini dilengkapi dengan paduan dua tali lebihan tali di belakang  untuk memudahkan anda untuk  mengawal keselesaan di bahagian belakang kepala. Selain itu di bahagian belakang inner ini juga di lengkapi dengan paduan getah fleksibel berfungsi untuk menjadikan ia lebih mudah dilaraskan.

Maklumat lanjut di https://www.shawlbyvsnow.com/collections/vs-basic/Inner

 

Perkara Anda Wajib Tahu Mengenai 'Underscarf'

'Underscarf' atau lebih sinonim dengan panggilan anak tudung sering diambil mudah oleh kebanyakan wanita. Tahukah anda bahawa helaian pertama yang melindungi rambut ini sebenarnya lebih penting dan patut dijaga rapi berbanding tudung. 

Fungsi anak tudung bukan sahaja menutup rambut dengan rapi bagi si pemakai tudung malah penting untuk kesihatan rambut. Anak Tudung seharusnya ditukar setiap hari dan dicuci kerana jika ia terperap dengan peluh & kotoran boleh berpotensi untuk risiko pembiakan bakteria yang akan menyebabkan rambut anda berminyak dan kulit kepala berkelemumur.

 Jadi, penting untuk wanita memilih anak tudung yang berkualiti bagi memastikan kesihatan rambut terjaga dan juga memberi seri dalam penggayaan tudung anda.

 

Untuk Sebarang Pertanyaan Media :-

Amirah Sulaiman & Hakimi Tajul As’ari

H : 0183820997 / 0197100643

Email : admin@shawlbyvsnow.com / hakimiasari@shawlbyvsnow.com

Share this post