MAJLIS PELANCARAN WAJAH BARU MAJALAH HARMONI DAN INFINITI

 Pada 15 December 2016, Majalah Harmoni telah mengadakan "PELANCARAN WAJAH BARU MAJALAH HARMONI DAN INFINITI " peringkat 2017 . Pelancaran ini telah diadakan di DEWAN BESAR UTUSAN MELAYU. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat.

Shawlbyvsnow dan syarikat yang lain juga telah memberi tajaan kepada Majalah Harmoni Untuk pelancaran tersebut.

 

Majlis pelancaran ini diadakan pada pukul 3.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan  perasmian daripada Pengarah Utusan Dato Arifin.Untuk merasmikan majlis tersebut.

Setelah selesai kata-kata aluan daripada Dato Arifin, Dato Arifin memperkenalkan duta majalah harmoni iaitu artis yang terkemuka ditanah air : Rita Rudaini.

Setelah Dato Arifin memperkenalkan duta majalah harmoni dan merasmikan majlis tersebut,kami disajikan dengan pertunjukan fesyen daripada pereka fesyen terkemuka di tanah air : Kashfi Zulkufli.

Setelah kami disajikan dengan pertujukan fesyen,kami turut disajikn persembahan nyanyian daripada artis yang baru sahaja memenangi tempat ketiga gegar vaganza musim ketiga iaitu Zarul Umbrella dan kami turut juga disajikan pertunjukan magic.

 

 

Setelah tamat persembahan dan pertunjukan, untuk penutupan majlis tersebut,kami juga di jamu dengan hidangan yang enak dengan diiringi nyanyian daripada artis-artis tanah air iaitu Haiza, Syamil AF, Haziq dan lain-lain lagi.

 

Laporan disediakan oleh,                                                                                            15 December 2016

..........................................
(hazwan bin abdul manan)

 


Share this post